Thursday 30 October 2014

MENTERI : ESSZONE LEBIH SELAMAT BERBANDING KL




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yakin bahawa keadaan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) lebih selamat berbanding keadaan di ibu negara.


Dalam jawapannya kepada Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi), Shahidan berkata kawasan itu dijaga dengan tetap oleh pasukan keselamatan.

"Sebagai contoh, saya berjumpa dengan pelancong dari Great Britain yang berasa mereka lebih selamat dalam buat aktiviti contohnya tengok penyu... kerana pasukan keselamatan ada merata-rata," kata Shahidan.

Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau, yang meliputi 1,733.7 kilometer.

Zon itu diterajui pimpinan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), yang bertanggungjawab menyelaras pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan.

Penubuhan Esscom diumumkan perdana menteri semasa lawatannya ke Lahad Datu pada 7 Mac tahun lepas, susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo sebulan sebelum itu.

[Berita penuh menyusul]
 

(MALAYSIAKINI)

No comments:

Post a Comment