Saturday 29 November 2014

PENGERUSI JKDB CADANG PINDAH GERAI PENJAJA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

Haidah...prihatin membantu para peniaga..

CADANGAN Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Flat MPS Karamunting Haidah Nasrin untuk mengemaskinikan  struktur kedudukan gerai-gerai penjaja dilingkungan kawasan perumahan itu adalah merupakan satu usaha murni dan tindakan yang positif.


Dalam tinjauan  Wartawan Kanan Sabahkini.net ketempat itu baru-baru ini mendapati, kedudukan gerai-gerai di situ tidak tersusun. Sebahagian penjaja ikan meletakkan gerai mereka di sepanjang pinggir jalanraya ini boleh membahayakan para pelanggan kerana kenderaan memang tidak putus-putus lalu dijalan masuk ke kawasan flat tersebut.


Atas inisiatif dan inovatif  dan kebijaksaan pengerusi JKDB itu, beliau telah mengorak langkah setapak untuk membantu memajukan para penjaja disekitar kawasan itu  ke arah dunia perniagaan kecil-kecilan. Beliau (Haidah) telah mengambil keputusan untuk memindahkan gerai-gerai tersebut  ke tempat kawasan yang lebih selamat dan selesa

No comments:

Post a Comment