Friday 28 November 2014

Puteri Umno gesa kaji semula kadar gaji minimum



Wakil Puteri Umno, Nor Hazreena Mohd Hashim menggesa kerajaan mengkaji semula kadar gaji minimum RM900 sebulan.

Bercakap sewaktu membahaskan usul ekonomi, Hazreena berkata kadar tersebut terlalu rendah meskipun buat golongan muda.

"Puteri menggesa agar dikaji kesesuaian kadar gaji minimum yang telah ditetapkan pada kadar sebanyak RM900.

"Tak cukup sebanyak RM900 ini terutamanya jika mereka ini ada banyak benda hendak dibayar," kata Hazreena.

Gaji minimum di semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan sementara di Sabah dan Sarawak adalah sebanyak RM800 sebulan.

Kadar tersebut terkandung dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dan ia mula berkuat kuasa pada  16 Julai 2012. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment