Friday 28 November 2014

RAKYAT PUJI BUNG?


OLEH: SHAIMON S JUMADI




LEBIH 90 peratus pelanggan ASTRO  seluruh negara mengalu-alukan dan memberi sokongan penuh terhadap  kritikan  Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohktar Radin yang cukup  bernas dan bermanfaat semasa sesi soal jawab  di Persidangan Parlimen pagi  kelmarin berhubung tindak tanduk pihak ASTRO.


Hal yang diperkatakan oleh Datuk Bung mengenai prilaku pihak ASTRO yang dianggap telah menipu kerajaan dan rakyat terutama sekali para pelanggan adalah benar.



Selama ini para pelanggan dan bekas pelanggan ASTRO sering berhadapan dengan masalah pembayaran dan tiada tempat  mengadu untuk meluahkan kemarahan para pelanggan yang sering menjadi mangsa penipuan.

Contoh yang terdekat, hampir 50 peratus bekas pelanggan ASTRO mengeluh dipaksa membayar ‘advanced payment’ sebelum menamatkan perkhidmatan ASTRO mereka. 

Lebih malang apabila mereka masih menerima bil-bil tunggakan sekalipun sudah berhenti melanggan perkhidmatan ASTRO.

Adalah amat dikesali sebenarnya, perkhidmatan ASTRO sangat tidak berkualiti. ASTRO kerap menghidangkan pelbagai iklan yang terlalu banyak meglahkan siaran TV1, TV2 dan TV3. Bukan itu sahaja, kebanyakkan drama atau filem dalam siaran ASTRO kerap berulang-ulang seolah-olah syarikat ASRTO kekurangan bahan dan dana untuk menyiarkan cerita baharu.

Kalau dibandingkan, kualiti siaran TV1, TV2 dan TV3 lebih bagus daripada siaran ASTRO, malah bayaran bulanannya terlalu mahal sedangkan saluran Perdana tadi boleh ditonton secara percuma. Sebenanrnya ASTRO hanya menipu rakyat Malaysia secara keseluruhannya. 

Permintaan dan cadangan  Bung agar ASTRO ditutup adalah satu tindakan yang bijak dan perlu disokong sepenuhnya oleh setiap genap lapisan masyarakat.

Atas keberanian  Datuk Bung yang menyelar dan membelasah  pihak ASTRO merupakan satu tindakan bijak.  Dalam hal ini, Bung  harus diberikan penghormatan kerana membela rakyat yang  tertipu oleh kejahilan ASTRO. 

Sebagai menambah dakwaan Bung, memang  benar siaran ASTRO tidak berkualiti langsung. Contohnya, kalau ada angin kencang atau angin sepui-sepui ditambah lagi  keadaan  langit  mendung seakan-akan hujan mahu turun, siaran ASTRO tiba-tiba terputus. 

Lagi menyedihkan, jika hujan tadi berjam-jam lamanya, siaran ASTRO akan tergendala secara terus-menerus. Hal ini telah pun merugikan para pelanggan khususnya kita di Malaysia yang cuacanya sering menerima hujan!

No comments:

Post a Comment