Thursday 13 November 2014

WARTAWAN VETERAN KEMBALI SEMULA KE PORTAL ONLINE SABAHIKINI.NET



OLEH: FRANCIL LEE

KOTA KINABALU - Seorang  wartawan veteran dari daerah Sandakan yang pernah mengharumkan nama Portal Online Sabahkini.Net, media Portal  Sabah tiga tahun lalu akan kembali  semula bertugas sebagai Wartawan Sambilan di portal ini berkuatkuasa  pada 13 November 2014.


Orang yang dimaksudkan iaitu Shaimon S Jumadi yang pernah berkhidmat  secara sepenuh masa di portal Online Sabahkini.Net sebagai Wartawan Kanan/Ketua Biro Wilayah Sandakan, Tawau dan Semporna bermula pada Oktober 2010 sehingga Mei 2013.

Menurut Editor Sabahkin.Net beliau  diterima semula untuk kembali menjadi wartawan di portal ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai kerjaya bidang kewartawanan di negeri ini hampir mencecah 36 tahun.


Diharap para  pembaca setia portal online Sabahkini.Net yang masih lagi menikmati  perkembangan berita-berita terbitan Sabahkini, anda  boleh melayari sesawang kami Sabahkinimirror.blogspot.com. Bukan itu sahaja,  orang ramai yang ingin mendapat khidmat untuk membuat berita-berita panas dan sensasi anda bolehlah berhubung dengan Shaimon S Jumadi melalui talian H/P nombor 013-8882409 atau email ssjumadi@gmail.com.


“Saya bagi pihak editorial Sabahikini.Net mengalu-alukan kedatangan Shaimon S Jumadi untuk kembali ke portal  ini agar dapat menghasilkan berta-berita yang terbaik untuk terbitan portal ini” Kata Editor.

1 comment:

  1. SAYA BERTERIMA KASIH BANAYAK KEPADA EDITOR SABAHKINI.NET KERANA MENERIMA SEMULA BERTUGAS DI SABAHKINI.NET. SAYA BERJANJI AKAN BERTUGAS BERSUNGGUH-SUNGUH UNTUK MENAIKAN SEMULA NAMA SABAHKNI.NET DI MATA PARA PEMBACA PORTAL INI

    ReplyDelete