Thursday 11 December 2014

Kumpulan bersenjata bebas tebusan M'sia



Pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun, yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak, Sabah sejak tujuh bulan lalu oleh sekumpulan lelaki bersenjata dari selatan Filipina, dibebaskan hari ini di Sabah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, namun enggan mengulas lanjut kerana beliau kini berada di luar negara atas tugasan rasmi.

Pihak Bernama juga tidak mendapat maklumat tentang keadaan kesihatan Chan, 32.

Isteri mangsa, Chin Pek Nyen, 42, dari Ipoh, Perak sebelum ini mendakwa kumpulan penculik meminta wang tebusan RM15 juta, tetapi akhirnya mengurangkan jumlah tuntutan kepada RM3 juta.

Chan bersama seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan itu pada tengah malam 16 Jun lalu.

Bernama

No comments:

Post a Comment