Monday 8 December 2014

MPS GAGAL BERSIHKAN ALAM SEKITAR, DAKWA MP SANDAKAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI




SANDAKAN - Kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membersihkan  takongan air berbau busuk di atas  jalan lorong bangunan 16 bandar ini telah menimbulkan  kontraversi di kalangan para peniaga berhampiran.


“Sepatutnya pihak MPS lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di mana-mana saja tempat  bukannya  membiarkan air berbau busuk terus bertakong di atas jalan itu sehingga menyakitkan  mata memandang terutama para pelancong asing.

Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt berkata demikian kepada media sejurus selepas beliau melawat tragedi kebakaran di bangunan tingkat 11 blok 16 petang tadi.

Dalam kejadian kebakaran itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama dua buah jenteranya   telah berjaya memadamkan api dari terus merebak ketampat bangunan  lain.


Punca kebakaran  dan taksiran kerugian harta benda yang terbakar  masih lagi dalam sisasatan  pihak Bomba. 

No comments:

Post a Comment