Tuesday 2 December 2014

Namewee mengaku bersalah aibkan staf TNB



Penyanyi rap kontroversi dan pembikin filem Wee Meng Chee, yang lebih popular sebagai Namewee, mengaku bersalah mengaibkan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun 2009.
 
Mahkamah Sesyen di Muar hari ini menjatuhkan hukuman sama ada tiga bulan dipenjara atau melakukan tiga bulan khidmat sosial.
 
Namewee memilih hukuman kedua, laporkan akhbar Sin Chew Daily hari ini.
 
Dia didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menggunakan bahasa lucah terhadap kakitangan TNB, Wan Mohd Faizal Wan Hamat di pejabatnya di Jalan Temenggong Ahmad pada jam 10 malam 26 Oktober 2009.
 
Namewee pada mulanya mengaku tidak bersalah apabila didakwa pada bulan Oktober.
 
Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment