Friday 2 January 2015

HASRAT PEMANDU BAS TIDAK KESAMPAIAN




SOROTAN DARI MEJA  WARTAWAN KANAN
SHAIMON S JUMADI


HASRAT Persatuan Pengusaha Sabah Sabah yang akan menaikkan tambang bas sebanyak 90 peratus yang berkuatkuasa pada 1hb Januari ini  dan begitu juga para peniaga yang mahu menaikkan harga barang runcit sebanyak 90 peratus nampaknya  tidak kesampaian berikutan penurunan harga runcit minyak Petrol RON95, RON97 dan Diesel turun menjunam.


Dengan penurunan  harga runcit minyak Petrol RON95 turun  kepada RM1.91 seliter  malam tadi manakala harga diesel turun kepada RM1.93 seliter dan RON97 turun kepada RM2.11 seliter benar-benar menjurus ke arah meringankan beban para pengguna di seluruh negara.

Lantaran itu, para pengguna yang menggunakan  RON95,RON97 dan Diesel  masing –masing melahirkan rasa lega atas penurunan bahan api  tersebut dengan harga yang terendah itu.

Dengan penurunan mendadak harga runcit minyak ketiga-tiga jenis bahan api itu maka jelas hasrat pihak Persatuan  Pengusaha BAS di negeri ini untuk menaikkan harga tambang pengangkutan awam 90 peratus yang akan berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015 tidak kesampaian.

Begitu juga para peniaga yang lainnya yang berhasrat untuk menaikkan harga barang-barang runcit sebanyak 80 peratus juga tidak kesampaian niat mereka untuk berbuat demikian ini ekoran penurunan harga bahan api  turun menjunam.

Dalam pada itu, ekoran penurunan bahan api itu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan
berharap pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang akan mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97 yang dijangka pada kadar lebih rendah.
"Dari segi harga barang, apabila minyak naik 20 sen, harga barang naik. Ini dah sebulan minyak turun, tidak nampak pergerakan harga barang menurun.
"Saya mengharapkan Peniaga bertanggungjawab melaksanakan amanah untuk turunkan harga barangan keperluan rakyat kerana di tangan rakyat ada kuasa untuk menentukan kelangsungan perniagaan mereka (Peniaga)," katanya kepada pemberita selepas meninjau beberapa kawasan banjir di Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata pengguna mempunyai kuasa untuk memilih barangan dan memboikot sesuatu barangan itu.
"Pengguna ada kuasa, sekiranya mereka gunakan kuasa itu akhirnya yang rugi Peniaga. Apabila perkara ini berlaku, ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, lebih baik kita menggunakan prinsip menang-menang, pengguna dapat barang murah, peniaga pun ada untung," katanya.
“Mengenai Peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim banjir, beliau berkata ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  dapat membuat pemantauan dan sesiapa sahaja para peniaga yang menaikkan harga barang-barang tersebut mereka harus dikenakan tindakan undang-undang” katanya.

No comments:

Post a Comment