Saturday 10 January 2015

'Kami tak membalak hingga banjir di Kelantan'



Pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham menafikan beliau dan rakan seperjuangannya Nga Kor Ming terlibat dalam pembalakan di Kelantan yang menyebabkan banjir tidak terkawal di negeri itu.
Malah kata Ngeh, Upayapadu Plantation Sdn Bhd, syarikat yang mereka antara pelaburnya, tidak terlibat dalam kegiatan pembalakan sama ada di Kelantan atau mana-mana tempat di Malaysia.

Sebaliknya, kata Ngeh, mereka hanya terlibat dalam penanaman semula pokok-pokok atas tanah usaha sama dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ngeh, anggota parlimen Beruas, juga mengumumkan menyaman Berita Harian yang didakwanya berniat jahat dalam laporannya berhubung kegiatan pembalakan dan pencemaran Sungai Kelantan.

Dalam kenyataannya, Ngeh turut melampirkan sepucuk surat daripada Jabatan Alam Sekitar Gua Musang, Kelantan yang memperakui bahawa Upayapadu memenuhi syarat-syarat Penilaian Dampak Alam Sekitar.

Beliau juga berkata, kampung-kampung di kawasan kegiatan Upayapadu tidak terjejas akibat banjir sebaliknya berlaku 65km daripada kawasan itu.

Selepas banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini, banyak blog dan Facebook pro-BN melancarkan serangan terhadap kedua-dua pemimpin DAP Perak itu.

Laman sosial “Friends of BN - Barisan Nasional” antaranya memuat naik gambar Nga dengan latar belakang balak kayu balak dan logo DAP serta tulisan:

"Anda ingin menjadi raja balak? Anda hanya perlu menjadi pemimpin DAP". (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment