Friday 23 January 2015

LORI PARKING TENGAH JALAN MPS HARUS DISAMAN RM1,400


OLEH:  SHAIMON S JUMADI



KARAMUNTING : Kebiadapan  dan kurang ajar  kedua pemandu lori yang  meletakan lori-lori mereka di tengah-tengah jalan itu  telah menimbulkan kemarahan dan kontroversi dalam kalangan penduduk di Flat MPS Karamunting.


Beberapa  orang penduduk Flat berkenaan yang membuat aduan kepada Wartawan Sabahkini.net  menjelaskan perkara berkenaan sudah lama dihadapai. 

Para pemandu lori telah banyak kali diberikan amaran supayajanagn menghadang jalan namun usaha pendudk Flat berkenaan gagal.

“Kalau ikutkan  hati saya mahu saja upah samseng untuk membakar kedua-dua lori itu mereka mereka serik, tapi saya masih waras lagi” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan.

Para penduduk mendesak kepada pihak Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Flat Karamunting agar melaporkan perkara ini kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menyaman  pemandu-pemandu lori yang degil meletakan lori-lori sembarangan saja.



“Kami  cadangkan kepada pihak Penguatkuasa MPS kalau memberikan kompaun ke atas pemandu-pemandu lori berkenaan, jangan alang-alang bagi saman antara RM500.00 hingga RM1,400.00 buat mengajaran sama mereka dan yang lain-lainnya  agar mereka tidak terikut-ikut budaya yang suka menyusahkan orang lain ” kata penduduk.

1 comment:

  1. NANTI SAAYA ATURKAN SURUH SAMSENG BAKAR KEDUA-DUA LORI INI KALAU MEREKA MASIH BERDEGIL LETAKAN DITEMPAT YANG SAMA ...AYUH BAKAT

    ReplyDelete