Monday 19 January 2015

MAJLIS MARHABAN MAULIDURASUL ANJURAN WANITA UMNO DAPAT SAMBUTAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Majlis Marhaban Tahalil dan Doa Selamat   sempena  menyambut Maudil Rasul SAW anjuran Pergerakan Wanita UMNO Sandakan yang diadakan di Rumah Puteri Harapan Noraini Sulong Taman Melanta walaupun disambut secara sedarhana tapi  banyak membawa pengertian tentang hadis-hadis nabi mengenai kisah hidup Nabi Junjungan Besar Muhammad SAW.


Sebagai pengisian program tersebut ialah bacaan Berzanji, Ceramah Agama dan juga Tahalil.

Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata, rumahnya yang telah diwakafkan sebagai Rumah Puteri Harapan Noraini Sulong itu adalah untuk menempatkan anak-anak yatim perempuan dari umur 6 tahun sehingga 12 tahun.



Mereka tinggal dirumah itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Noraini Sulong seperti belanja persekolahan, makan dan minum. Mereka yang tinggal dirumah itu mengikuti kelas bimbingan agama seperti mengaji Al Quran dan diajar cara-cara bersolat 5 waktu.


“Kita sebagai insan jangan lupa kepada anak-anak yatim yang sememangnya mereka perlukan bantuan dan kasih sayang yang sepenuhnya” kata Noraini.

No comments:

Post a Comment