Sunday 18 January 2015

MAJLIS MESRA RIA DIAMBANG 2015 ANJURAN WANITA UMNO DAPAT SAMBUTAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO APEK ANSUKOI



SANDAKAN : Majlis Mesra Ria Diambang 2015 anjuran bersama Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan, Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan (MPWK) PAWANI, JUWITA dan An Nur P186 Sandakan yang diadakan di ballroom Sabah Hotel pagi beberapa hari lalu telah mendapat sambutan.



Beberapa acara menarik telah dipersembahkan antaranya nyanyian Karaoke, Tari Menari dan Tukar-Tukar Hadiah dan tidak ketinggalan juga taklimat mengenai fungsi-fungsi dan peranaan MPWK, JUWITA, PAWANI dan An Nur yang disampaikan sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong.


Dalam ucapan alu-aluan  Noraini antara lain menjelaskan mengenai JUWITA ditubuhkan di kawan P186 Sandakan adalah untuk membantu para balu-ibu tunggal sama ada kematian suami atau cerai hidup khas untuk pengundi kawasan P186 yang merangkumi kawasan DUN Elopura dan DUN Tanjung Papat.


Katanya para balu yang ingin mendapat pelbagai bantuan yang disaluran oleh agens-agensi kerajaan, mereka mesti mengemukakan sijil mati atau sijil penceraian asal yang dikeluarkan   daripada JHEAINS  atau pihak-pihak tertentu yang diikhtiraf.


Sementara Pengerusi JUWITA P186 Sandakan Puan Hajah Dayang Siti Pulau merasa kecewa walaupun pihak ingin membantu para ibu tunggal tapi masih ada yang malu untuk tampil  ke depan  untuk mengaku diri mereka ibu tunggal.

“Kenapa harus malu kalau kita mengaku sebagai ibu tunggal atau janda dan balu kalau ini hakikatnya yang sebenar, daripada malu untuk mengaku sebagai janda/balu atau erti kata lain ibu tunggal, mereka terpaksa hilang semua peluang yang sedia ada untuk mendapatkan bantuan  dalam pelbagai aspek, jadi siapa yang rugi,” tegas Hajah Siti Pulau.


Sementara PAWANI yang dipengerusikan oleh Ketua-Ketua Cawangan UMNO dan Parti-Parti Kompoenan BN seperti LDP,Gerakan, MIC, UPKO, PBRS, MCA dan PBS  setiap program yang dijalankan mereka memperoleh peruntukan sebanyak RM500.00 dalam sebulan sebagai contoh.

Kalau kumpulan Sangkar Maut menjalankan aktiviti anyaman dan jahit-menjahit sebanyak empat kali, mereka boleh dapat peruntukan sebanyak RM2,000.00.

Wang RM2,000.00 tadi Kata Noraini boleh diagih-agihkan kepada ahli-ahli cawangan kerana dengan cara begini saja kita dapat membantu ahli-ahli.

Turut hadir  divmajlis tersebut Lily Chung  dan rombongan  Lou Kim Mee dan Lin Oi Mee daripada Gerakan dan Salina Titi daripada PBS.



Pada majlis ini juga tidak ketinggalan upacara penyampian kerusi roda kepada seorang ahli wanita Veteran UMNO Sandakan  yang disampaikan sendiri oleh Noraini.

No comments:

Post a Comment