Monday 12 January 2015

MP SANDAKAN DAN KETUA CABANG PKR LI9BARAN LAWAT KG GUM-GUM


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DAYANG ZUBAIDAH DATU TAHIL



GUM-GUM : Banjir kilat yang melanda Kampung Gum-Gum baru-baru ini akibat hujan yang  berpanjangan tiga hari  berturut-turut itu akibat bekas banjir itu telah menyebabkan banyak merosakan  beberapa kemudahan di kampung tersebut.


Antaranya kemudahan yang turut rosak ialah jalan utama masuk ke kampung tersebut; jambatan kayu  dan beberapa buah rumah dipingir sungai termasuk tiang elektrik.

Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat Kasawan Libaran Jeffry William yang membuat lawatan bersama Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong termasuk Pegawai Khas Ahli Parlimen Sandakan Dayang Zubaidah Datu Tahil, sempat meninjau di beberapa tempat yang pernah dilanda banjir kilat.

Wong berkata walaupun Kampung Gum-Gum bukan di bawah kawasan Parlimen Sandakan sebaliknya ia dibawah kawasan Parlimen Libaran namun sebagai seorang wakil rakyat beliau turut simpati kepada penduduk-penduduk pernah dilanda banjir itu.

Apapun  Wong akan membatu menyuarakan hal-hal yang berkaitan dengan beberapa kemudahan yang rosak akibat banjir itu kepada pihak yang berkenaan.


Para penduduk  di Kampung Gum-Gum yang lainnya mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan kedua-dua pemimpin itu walaupun mereka di pihak parti  pembangkang tetapi masih mahu mengambil berat dan prihatin kepada penduduk-penduduk yang pernah menjadi mangsa banjir kilat itu. 

No comments:

Post a Comment