Tuesday 13 January 2015

MP SANDAKAN MINTA SESB TURUN KADAR TARIF ELEKTRIK SEGERA



OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Kita  semua telah sedia maklum bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan pelaksanaan sistem pengapungan terkawal ke atas harga minyak bermula pada 1 Januari 2015 baru-baru ini.

Di mana harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 35sen dan 30sen seliter, negeri Sabah yang mempunyai tariff elektrik yang paling tinggi di dalam Negara ini sepatutnya  menurunkan harga dengan segera.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata  demikian  kepada media ketika diminta mengulas mengenai penurunan  kadar harga  bahan api itu di negara ini.

Kata Wong, SESB telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 16.9% pada tahun lepas, tetapi rakyat Sabah masih mengalami masalah gangguan bekalan elektrik, System Average Interuption Duration Index (SAIDI) atau Indeks Sistem Purata Tempoh Gangguan telah meningkat dari 423 minit pada tahun 2013 sehingga 700 minit pada tahun 2014. 

Masalah gangguan bekalan elektrik menyusahkan rakyat Sabah, dan banyak lagi kawasan kampung masih tiada bekalan elektrik. SESB mengenakan caj yang begitu tinggi, tetapi pencapaian dan perkhidmatannya teruk. Kini harga minyak turun, SESB seharusnya turut menurunkan tarif.

Wong berpendapat bahawa, walaupun harga minyak mengikut sistem Pengapungan Kawalan Antarabangsa, tetapi mengikut situasi pada masa kini, harga minyak antarabangsa mungkin akan kekal di paras yang rendah, malah mungkin akan turun sehingga 50 USD per-tong. 

Sekiranya harga minyak turun, harga barang akan turut turun, dan tarif elektrik juga sepatutnya menurun. Syarikat elektrik seperti TNB dan SESB harus mengumumkan penurunan harga dengan serta-merta, kita sememangnya tidak membenarkan syarikat eletrik mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan.

Selain itu, beliau juga mengutuk keras tindakan SESB yang mengenakan deposit lebih tinggi, merupakan dasar yang mengeksploitasi rakyat. Bukan sahaja harga elektrik menaik, kini deposit juga diminta tambah, ini menyebabkan beban rakyat bertambah berat. 

Beliau bertanya, mengapakah deposit diminta bertambah? Jika pengguna tidak bayar, pihak SESB boleh hentikan bekalan mengikut undang-undang, bukanlah menambah wang deposit menyusahkan orang ramai.

Mengikut analisa beliau, pada tahun-tahun yang lalu, semasa harga minyak tinggi, TNB yang memegang 80% syer SESB mengaut keuntungan setiap tahun. Mengikut laporan kewangan TNB, pada tahun 2011 hingga 2014,TNB mendapat keuntungan melebihi ratus juta ringgit. 

Pada tahun 2013, TNB mendapat 460 juta ringgit, manakala tahun 2014 dijangka mendapat keuntungan sebanyak 610 juta ringgit. 

Syarikat tersebut telah mendapat keuntungan tambahan sebanyak 150 juta ringgit dalam masa 1 tahun setelah mengumumkan kenaikan tarif elektrik. 

Ini menunjukkan kenaikan tarif elektrik bukan untuk keperluan pentadbiran, tetapi semata-mata mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat.

Kini harga minyak turun, TNB dan SESB pasti mendapat lagi banyak keuntungan, ini tidak adil untuk rakyat jelata. Beliau berkata, TNB bukan syarikat swasta yang biasa, ia merupakan syarikat monopoli dan syarikat rakyat yang membekalkan kemudahan asas kepada rakyat, ia harus melaksanakan tanggungjawab sosial, memberikan kebaikan kepada rakyat, bukannya hanya mengaut keuntungan.

Beliau bertambah, bekalan elektrik, jalan raya, air dan kemudahan asas yang lain merupakan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat. Banyak negara yang lain membekalkan semua kemudahan ini kepada rakyat secara percuma. Jika kemudahan asas pun tidak dapat dibekalkan dengan sebaik-baiknya, kerajaan ini boleh dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

“Meswastakan kemudahan awam memang tidak wajar, kini syarikat swasta berkenaan pula terang-terang mengaut keuntungan melalui kemudahan asas rakyat, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya, tidak memberikan perkhidmatan yang baik untuk rakyat, malah setiap tahun menaikkan harga semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada rakyat. Kerajaan bukan sahaja tiada memantau, malah masih membantu mereka terus mengaut keuntungan, mengeksploitasi kepentingan rakyat.”

Kata beliau, kini pihak TNB atau SESB setiap tahun mengaut keuntungan besar, tetapi tidak membekalkan perkhidmatan yang baik, malah menaikkan tarif elektrik pada tahun lepas.


Beliau juga menyangsi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus yang berjanji tidak akan menaik tarif elektrik sebelum bulan Jun tahun ini, ini menunjukkan tarif elektrik mungkin akan dinaikkan pada tahun depan. Kini harga minyak turun, syarikat elektrik patut menurunkan tarif elektrik, bukanlah mengaut keuntungan pada masa ini.

No comments:

Post a Comment