Thursday 22 January 2015

SAMSUDIN PUAS HATI PEMBINAAN PPRT KG ISTIMEWA



OLEH: SHAIMON S JUMADI



SEKONG : Dasar kerajaan yang memerintah pada hari ini memang sentiasa menitikberatkan dalam menjaga kebajikan rakyatnya yang berbilang kaum untuk mendapatkan apa jua bentuk bantuan.


Ini memang sudah menjadi kewajiban pihak kerajaan untuk membantu rakyatnya yang susah untuk  mendapatkan pelbagai kemudahan asas untuk dinikmati oleh rakyat jelata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya berkata  demikian kepada media sejurus selepas lawatannya bagi meninjau pembinaan  Program Rumah Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Istimewa pagi tadi.

Katanya, kerajaan akan memperbanyakkan membina rumah-rumah tersebut di kawasan-kawasan strategik dengan tujuan untuk memberikan kesenangan dan keselesaan penduduknya  untuk tinggal atau mendiami sebuah rumah yang agak canggih itu.

“Apapun saya berpuas hati dengan struktur pembinaan rumah-rumah PPRT itu kerana cukup sempurna, berkualiti  dan mengikut  keteria  yang telah ditetap,” Ujarnya.


Beliau berharap mereka yang telah menduduki rumah-rumah PPRT itu agar menjaga dengan sebaik-baiknya rumah tersebut.

No comments:

Post a Comment