Thursday 22 January 2015

Status kes Paul Phua didengar hari ini



Mahkamah Amerika Syarikat mengadakan pendengaran hari ini untuk menentukan nasib Paul Phua, individu yang dirujuk dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) negara itu.

Difahamkan, pendengaran status berkenaan merupakan satu bentuk perbicaraan awal di mana pihak pendakwaan dan pembelaan serta tertuduh bertemu di hadapan hakim sebelum perbicaraan penuh.

Dalam pendengaran status tersebut, hakim akan menyemak semula kes dan peguam akan membincangkan mengenai bukti dan menyusun pendengaran ke atas usul yang difailkan dan tawaran pengakuan yang mungkin dikemukakan.

Hakim juga boleh menetapkan tarikh perbicaraan semasa pendengaran status tersebut, sekiranya tiada penyelesaian dicapai di antara pendakwaan dan pembelaan.

Paul Phua dan anaknya, Darren Phua menghadapi tuduhan perjudian haram di mahkamah Amerika Syarikat di Nevada, selepas operasi pihak berkuasa negara itu ke atas kasino Caesars Palace kerana menjalankan perjudian sukan dalam talian secara haram.

Dua beranak itu kini bebas dengan jaminan sementara menunggu pendengara status yang akan diadakan pada 22 Januari, menurut Pejabat Peguam Negara AS dalam satu emel kepada Malaysiakini.

Las Vegas Review Journal melaporkan bahawa Phua dan anaknya dibebaskan dan diarah memakai gelang kaki dengan pengesan GPS di sebuah kediaman di Las Vegas. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment