Monday 26 January 2015

MALANG MAKIN BERBAU


OLEH: SHAIMON S JUMADI


TITIAN USANG.....Bila-bila saja  BOLEH mengundang maut 

LIBARAN : Jambatan Kayu Kampung Pulau Nunuyun yang kini telah uzur tiada seorang pun yang ingin bertanggungjwab untuk membaik pulih jambatan tersebut.


Kerosakan jambatan itu boleh mengundang maut bila-bila saja kepada pengguna yang menggunakan titian itu; silap langkah  mereka boleh jatuh.

Dimaklumi bahawa ADUN Sungei Sibuga telah melantik seorang Pemaju Mukim  untuk menjaga kampung Pulau Nunuyun  dalam pelbagai aspek kebajikan penduduk dan masalah-masalah prasarana .



Semuanya adalah atas tanggungjawab Pemaju Mukim untuk memainkan peranan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh wakil rakyat Sungei Sibuga  untuk melaporkan apa-apa saja masalah yang terdapat di kawasan persekitaran kampung yang dimaksudkan.

“Saya lihat keadaan jambatan yang telah uzur itu iaitu sebahagian  tidak mempunyai papan lantai, berlubang di sana sini, ini jelas boleh membahayakan kepada penduduk setempat yang  menggunakan jambatan sebagai titian utama laluan orang ramai” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan.


“Kami kesal dengan sikap beberapa pemimpin walaupun mereka telah mengetahui masalah tersebut tapi enggan mengambil sebarang tindakan untuk membaik pulih titian berkenaan. Takkanlah mahu tunggu ada orang kampung jatuh mati (mampus) baru para pemimpin berkenaan tergesa-gesa mengambil tindakan drastik?” kata penduduk itu lagi.

No comments:

Post a Comment