Thursday 12 March 2015

BUANG BAYI SATU TREND DAN BUDAYA ORANG MALAYSIA


SOROTAN DARI MEJA WARTAWAN KANAN
SHAIMON S JUMADI



Negara klta mempunyai undang-undang yang ketat terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah seperti membuang bayi dikenakan hukuman berat terhadap pesalah itu.

Namun demikian, tiada kesan langsung terhadap segelintir masyarakat dan masih lagi mangamalkan membuang bayi di memerata-rata tempat tanpa ada rasa belas kasihan; begitu mudah membuang bayi dan  di mana letaknya dasar peri kemanusian pada diri segelintir orang yang bernama insan.


Mengikut statistik tidak rasmi, 90 peratus kebanyakkan orang yang suka membuang anak (bayi) didalam longkang atau di mana-mana saja, mereka terdiri daripada orang-orang Islam sendiri.

Lain-lain agama, mereka tidak hiraukan walaupun lahir anak mereka tanpa bapa atau suami, mereka tiada hukuman dikenakan kepada mereka yang terbabit, jadi jelas mereka tidak melakukan pembuangan bayi.

Berpandukan hukum syarak dalam Islam itu sendiri menetapkan kesan dan akibat pembuangan bayi menyebabkan tabo masyarakat terhadap penerimaan bayi dalam masyarakat itu sendiri yang masih menjadi buah mulut orang; sedangkan ajaran Islam melarang membuka aib saudara seislam.

Di sebabkan ramai wanita  Islam yang terlanjur membuat maksiat rambang sehingga mengandung tanpa nikah dan tiada orang nak jadi PAK SANGGUP untuk mengawini anak-anak dara nya yang kebuntingan itu.  jadi jika mereka melahirkan  anak-anaki mereka nanti  tanpa bapa  takut malu di sisi masyarakat,  takut jadi bahan cemuhan , maka tiada jalan lain anak-anak yang tidak berdosa itu di buang sana sini itu langkah pertama.

Langkah kedua, takut orang melaporkan hal sedemikian kepada mana-mana Jabatan Agama Islam sudah pastinya mereka yang mengandungan tanpa suami bakal menerima hukuman syarak selain didenda mereka dikenakan hukuman penjara antara 1 hingga 2 tahun.

Si ibubapa tadi kerana takut menanggung malu bila anak-anak  berbuat tidak senonoh itu lantaran berpakat anak-beranak; contohnya kalau si Ani nanti melahirkan anak itu baik kita buang saja sebab ini perkara memalukan keluarga kita bisik-bisik  ibu dan bapa mereka.

Sabagai kesimpulannya, maka ramai segelintir anak-anak masyarakat Islam yang kebuntingan tanpa suami apabila mereka melahirkan anak saja, mereka tidak teragak-agak dan tanpa rasa simpati terus membuang bayi-bayi sama ada masih hidup atau sebaliknya.

Seperti yang saya jelaskan di perenggan empat, bagi agama bukan Islam mereka tiada undang-undang dikenakan terhadap para penganutnya walaupun melahirkan anak-anak tanpa bapa jadi jelas tiada pembuangan bayi dilakukan setiap individu non Muslim berbanding di masyarakat Islam kerana takut malu dengan sesama manusia tapi tidak takut hukum Allah yang membawa azab seksa.

Renung-renungkan lah kenapa pembuangan bayi di Negara ini semakin menjadi-jadi sedangkan kita nak membuang anak-anak kucing pun rasa kasihan inilah buang bayi. 


Macam sudah jadi satu trend dan budaya terhadap segelinitr masyarakat Islam  Negara ini suka membuang bayi begitu mudah sekali.

No comments:

Post a Comment