Friday 27 March 2015

JKKK Gindanau Mata Dan Telinga Kerajaan



Ramlikan…(membekalang kamera) ketika mengajar sebahagian daripada 50 orang pengerusi JKKK Dun Usukan

KOTA BELUD: Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) adalah pemimpin masyarakat berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam  menyalurkan maklumat mengenai rakyat yang memerlukan bantuan.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat(PPM) Abdul Majin Pessan berkata, pemimpin masyarakat bukan hanya berperanan sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dengan masyarakat, tetapi wajiblah bekerjasama juga dengan wakil rakyat mereka.


Majin…(dua kiri) menyampaikan sijil komputer kepada Penghulu Kursus Jelin Sidum dan disaksikan oleh Ramlikan (kanan) dan yang lain


Katanya, Kerajaan, tetap menganggap peranan pemimpin masyarakat itu sebagai sesuatu yang penting dalam usaha memajukan sesebuah kawasan, maka itu,  mereka perlu berganding bahu menyalur maklumat tepat bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama berkaitan rancangan pembangunan kerajaan.

“Justeru, pemimpin harus meletak diri dalam kalangan mereka yang boleh dipercayai, mampu membawa suara rakyat ke tengah di samping berupaya menjana kelancaran aktiviti di peringkat setempat dan harus bijak memberi penerangan dalam menghebah program pembangunan untuk faedah rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Majin bersetuju,  bahawa kepimpinan kampung itu perlu mengamal sikap prihatin kepada masyarakat masing-masing,  supaya bantuan dapat disalur dan sampai kepada rakyat.


Majin…(duduk dua kanan) Ramlikan(kanan)dan yang lain  merakam gambar sebahagian daripada peserta kursus komputer


“Kita yakin sungguh, bahawa usaha kerajaan  membantu masyarakat diharap dapat diteruskan dengan adanya ketua masyarakat seperti JKKK yang bertanggungjawab dan diminta  semua pemimpin masyarakat harus berusaha menyatupadukan masyarakat di bawah kepimpinan masing-masing, khususnya di peringkat akar umbi” katanya.

Majin yang juga PPM Usukan, mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Adun Usukan, Datuk Seri Salleh Tun Said merasmikan penutupan Kursus Asas Microsoft Word, Khas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) Dun Usukan, di Dewan Pencarian Bersama di sini, pada Rabu.

Kursus komputer  yang pertama di negeri ini bagi 50 orang pengerusi JKKK itu, dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.8 Usukan, manakala  tenaga pengajarnya pula, dikendalikan oleh Penyelaras JKKK Dun Usukan, Ramilkan Adsin.
Difahamkan, kesemua peserta kursus itu akan dibekalkan komputer riba seorang satu pada kursus akan datang.

Majin berkata ketika ini,  ada kenyataan yang kurang tepat dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kita mengalu-alukan golongan pemimpin masyarakat  untuk berkongsi pendapat dan pandangan mereka serta memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana.

Katanya, JKKK  mempunyai kelebihan kerana mereka mengetahui mengenai rakyat yang hidup dalam kesusahan kerana sering mendampingi mereka.

"Kalau ada rakyat yang susah dan perlu dibantu, maklumat tersebut haruslah disalurkan terus kepada kita di Unit PPM dan kita bawa kepada pengetahuan Tindakan Daerah dan Kerjaan Tempatan akan memberi laporan kepada kerajaan negeri, beginilah cara kita akan cuba membantu meringankan beban masyarakat kita" jelasnya.
                                                                                                                            Majin  Pessan...PPM Usukan

No comments:

Post a Comment