Tuesday 10 March 2015

Surinam : Program Hebahan GST Jelajah Kampung oleh Parlimen Sipitang


DIHARGAI...Surinam ketika menyampaikan cendera kenangan kepada salah seorang penceramah sempana majlis tersebut


BEAUFORT : Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Siptang  akan menjelajah ke semua daerah  mengundi di  Kawasan Parlimen Sipitang bagi membantu kerajaan menjelaskan tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada golongan rakyat di luar bandar.


Pengerusinya Datuk Surinam Haji Sadikon berkata, mereka mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 100  peserta terdiri dari pemimpin masyarakat peringkat akar umbi dan penduduk kampung pada satu-satu sesi penjelasan yang diadakan.

“Usaha ini bagi membolehkan pemimpin masyarakat akar umbi    memahami lebih lanjut tentang GST dan kemudian menjelaskan kepada masyarakat di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Kepanggunaan dan GST di Sk Kebajang dekat sini kemarin.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh  Pembantu Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Wakil Rakyat kawasan Lumadan Datuk Kamarlin Haji Ombi 

Katanya bermula dengan daerah  mengundi Kebajang  program tersebut  akan diteruskan ke daerah mengundi yang  lain.

“Kita jangka keseluruhan sesi penerangan  kita teruskan ke semua kawasan daerah Mengundi di Parlimen Sipitang,” katanya.

Menurut Surinam yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang melalui program seperti itu diharapkan dapat mewujudkan  kefahaman yang jelas mengenai GST dan kepada masyarakat di akar umbi.

Surinam menambah penjelasan perlu dilakukan secara terperinci kepada rakyat kerana ada pihak-pihak tertentu  yang cuba memanipulasikan  isu GST sebagai bahan untuk menantang kerajaan juga untuk kepentingan politik mereka.


GALERI ACARA :



PENGHARGAAN...Surinam menyampaikan cendera kenangan kepada Kamarlin selepas merasmikan majlis tersebut




AMANAT...Surinam ketika berucap di majlis tersebut



PERASMIAN...Kamarlin ketika berucap merasmikan program tersebut




HADIR...Antara pemimpin masyarakat yang menyertai program tersebut

No comments:

Post a Comment