Wednesday 15 April 2015

Drzky International berjaya tubuhkan rangkaian baru perniagaan di Sarawak-Che Ku Ahmad


Oleh: Arshad Hussin


BARISAN KEPIMPINAN...CEO Cik Ku Ahmad(dua kanan);Nor Tamidi Md.Nor(tiga kanan);Farisham Aplop(dua kanan);Md.Azri(kiri);Abd.Hamid(tiga kiri) dan Mahmud Kunaini(kanan) sempena majlis perasmian pejabat baru Stokis Daerah Kuching di Jalan Kulas.


KUCHING: Syarikat Drzky International Sdn Bhd berjaya menubuhkan rangkaian perniagaannya yang ketiga dengan pelancaran pejabat baru Stokis Daerah Zon Kuching di Sarawak baru-baru ini.

Pejabat  baru itu merupakan pejabat  rangkaian yang ketiga berjaya ditubuhkan Drzky International  selepas penubuhan Pejabat Stokis Wiklayah Putrajaya (SWP) dan Temerloh, Pahang bulan lalu.


Kejayaan itu juga merupakan hasil daripada majlis Pencerahan Perniagaan (B.O.P) Drzky pada awal bulan April lalu di negeri itu.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif  DRZKY International Sdn Bhd, Che Ku Ahmad Amir, ketika melancar rasmi majlis itu,mengingatkan semua ahli sentiasa rajin berusaha memajukan perniagaan drzky  yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peniaga tempatan.

SIJIL PERLANTIKAN...Che Ku Ahmad Amir(kiri) diringi Mohd Azri (kanan) dan Hj.Abd Hamid(dua kanan) menyampaikan sijil Perlantikan Stikis Daerah Kuching,Sarawak kepada Puan Hjh.Dyd Juwita Awg.Jolkipli (dua kiri) sempena majlis perasmian itu di kuching, Sarawak.


Katanya,tanpa kerjasama yang kukuh sudah pasti  kejayaan itu sukar dicapai kerana dalam sistem perniagaan drzky sangat memerlukan komitmen jitu serta kerjasama yang erat sesama ahli dengan konsep “Sama-sama buat,sama-sama dapat.”

Hadir sama sempena majlis itu Pengarah Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tamidi Md.Nor; Pengurus Cawangan Drzky Borneo,Mohd.Azri Mohamed Ridzwan; Pengarah Eksekutif Byunature(M) Sdn.Bhd,Mohd Farisham Aplop;Stokis Daerah Kuching,Puan Hajah Dyg.juwita Awg.Jolkipli;Stokis Mobile Kuching,Hj. Abd Hamid Awang;Stokis Mobile Kota Samarahan,Puan Melia Awang;Core Leader Sibu,Mahmud Kunaini Jamali;Core Leader Kota Samarahan,Ismail Hj.Ali dan Core Leader Borneo Drzky,Puan Zaiton Awang.


KUKUH KERJASAMA...Che Ku Ahmad Amir(kiri) mengingatkan ahli-ahli drzky4all.com sentiasa mengukuhkan kerjasama yang lebih erat bagi memacu kejayaan cemerlang dalam perniagaan itu.


Che Ku Ahmad berkata, kejayaan dalam perniagaan drzky bukan sahaja kejayaan syarikat tetapi juga kejayaan berkongsi produk-produk Drzky bersama para usahawan bumiputera disamping mampu menyelesaikan kehidupan rakyat yang lebih sihat sambil mendapat faedah kewangan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan yang lebih baik  kepada masyarakat peserta.


KENANGAN DRZKY...Che Ku ahmad Amir(duduk tiga kiri);Mohd.Azri(duduk kanan);Nor Tamidi Md Nor(berdiri lima kanan);Mahmud Kunaini Junaidi(berdiri lima enam kiri);Stokis Abd.Hamid(duduk kiri);Stokis Melia Awang(berdiri tiga kanan);Core Leader Ismail Ali(duduk dua kiri) dan Core Leader Zaiton Awang(beridir lima kiri) mengabadikan gambar kenangan dengan sebahagian ahli-ahli drzky Kuching sempena majlis perasmian itu di Jalan Kulas,Kuching.

Beliau menambah,dengan kejayaan penubuhan Pejabat Stokis Daerah Kuching,menunjukkan perniagaan Drzky International semakin berkembang pesat dan akan terus berusaha menubuhkan rangkaiannya di seluruh Negara termasuk Negara Brunei Darussalam dan rantau Asia.


CORE LEADER...Che Ku Ahmad Amir(duduk tengah);Nor Tamidi (duduk dua kiri) dan Mohd Azri(duduk kiri) mengabadikan kenangan bersama Core Leader Borneo Drzky;Core Leader Sibu;Core Leader Kuching dan Stokis Daerah Kuching sempena majlis perasmian pejabat baru Stokis Drzky Kuching di Sarawak.

Sehubungan itu, Che Ku Ahmad Amir,berkata  dalam perniagaan Drzky, para peserta mampu memperkasakan pendapatan serta  membuat kehidupan mereka sendiri lebih bermakna,sama ada mereka yang bercita-cita melakukan perubahan kecil atau secara signifikan meningkatkan taraf hidup, Drzky boleh  membantu mencapai impian menjadi kenyataan dengan syarat melakukannya dengan penuh tabah serta bijak memanfaatkan peluang dan ruang seiring pengalaman kerjaya individu itu sendiri.


DENGAN RASMINYA...Che Ku Ahmad Amir(tengah) diringi Nor Tamidi(kanan);Mohd.Azri(dua belakang) dan Abd.Hamid(kiri) memotong pita sempena merasmikan Pejabat Baru Stokis Daerah Drzky Kuching,Sarawak.

Beliau menambah, peserta atau pengedar dibekalkan dengan produk-produk terbaik, pasukan pemasaran dan jualan khusus di samping satu pasukan sokongan pelanggan yang ramah dan pembangunan inovasi.

“Kami tidak menghadkan peluang pernigaan kepada pihak tertentu sahaja sebaliknya syarikat kami mengalu-alukan penyertaan orang awam tanpa mengira latar belakang untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini,”kata Che Ku Ahmad Amir.

Sempena majlis itu juga,Che Ku Ahmad mengalu-alukan semua ahli Drzky memeriah dan menghadiri majlis Malam Kemuncak Kejayaan & Ulangtahun Penubuhan Syarikat Drzky International  yang bakal dilangsungkan 18 April ini di Beringgis Resort,Kinarut Papar.



SOKONGAN PADU...Sebahagian prospek dan ahli-ahli Drzky Kuching sempena majlis perasmian pejabat baru Stokis Daerah Drzky Kuching,Sarawak.




No comments:

Post a Comment