Wednesday 1 April 2015

Ibu Bapa Perlu Muafakat Demi Kejayaan Anak




Musbah(dua kiri) sampai Sijil Penghargaankepada Mabul Nadin Ajk PIBG SMK Taun Gusi sesi 2013-2015



KOTA BELUD: Permuafakatan antara Ibu Bapa (IB) dan Guru-Guru  yang bekerjasama dalam satu ikatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) di setiap institutsi pendidikan,  menjaminkan pembelajaran negara  akan tetap terus maju pada masa depan.



Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makan Datuk Musbah Haji Jamli berkata,  permuafakatan dalam sistem PIBG  perlu direalisasikan sebagai satu budaya di setiap institutsi di negeri ini,  kerana di Malaysia ini terdapat  masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk dalam sesebuah sekolah kerajaan.


Oleh itu katanya, peranan PIBG pada abad ke-21 ini,  sangat besar kerana perlu melahirkan pelajar yang kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), mempunyai kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan harmoni, semangat jati diri, jayadiri, keusahawanan dan mempunyai keterampilan diri yang baik.


"Contoh permuafakatan  antara negara maju dalam semua bidang kehidupan rakyatnya di dunia ini ialah, bangsa orang puteh atau English, yang kuat berfikir, orangJ epun dengan dispilinnya  dan orang China yang rajin; perlakuan yang mereka budayakan itu telah  membantu dan menyokong  mengubah negara mereka untuk lebih maju,”katanya.


Musbah berkata, penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak sangatlah penting kerana terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada kejayaannya.


“Oleh itu, amatlah penting ibu bapa menilai pelibatan mereka bersama-sama dengan anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan.


Musbah(kiri) menyampai hadiah kepada salah satu ahli PIBG SMK Taun Gusi yang bertuah disaksikan Pengetua Cemerlang Suid Hanapi(tengah)

“Apapun, kejayaan anak bergantung pada usaha yang dibuat oleh guru, ibu bapa dan sekolah berkenaan, persekitaran dan komuniti menjadi medan yang menguji sama ada anak anda akan terus berkembang maju atau di sebaliknya,”katanya.


Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Masyuarat PIBG kali ke-23 SMK Taun Gusi pada Sabtu, di sini baru-baru ini.


Turut hadir, Pengetua Cemerlang, Haji Suid Haji Hanapi dan Yang Dipertua PIBG Masud Nanang dan Ibu Bapa dan Guru-Guru.

Musbah berkata, tanggungjawab guru untuk melakukan transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangat besar.


Katanya, ia bermula daripada cara guru mengaplikasikan Dasar Pendidikan Negara secara berkesan.


“Mereka mesti memahami agenda transformasi yang dilaksanakan, justeru, jati diri guru mestilah tinggi supaya mampu mengikuti rentak dirancang kerajaan dalam bidang pendidikan.


“Maka, dalam menjayakan harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban, bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara,”katannya.


Sehubungan itu, Adun Tempasuk berkenaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi SMK Taun Gusi. 

No comments:

Post a Comment