Wednesday 1 April 2015

Kadet Polis ‘Duta Kecil’ PDRM





Zaidi(kanan) menyampaikan sijil kepada salah satu anggota Kor Kadet Polis Kota Belud




KOTA BELUD: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan kepada seluruh warga Kor Kadet Polis supaya tidak mudah terpangaruh dengan IS dan kumpulan militan atau mana-mana fahaman yang mengelirukan.

Menurut risikan katanya, turut  mendapati bahawa kebanyakan remaja yang mudah terpangaruh dengan propaganda IS, adalah dari kalangan mereka yang bermasalah, sama ada berbangkit dari konflik keluarga, masalah sosial ataupun personaliti pelajar itu sendiri.


“Akibat hilang pedoman, mereka mencari jalan pintas dengan menyertai IS, kononnya sebagai penghapus dosa lampau melalui jalan jihad.

“Sebagai ‘duta kecil’ kepada PDRM,  saudara saudari dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan mana-mana kes disiplin sekolah, apatah lagi perlakuan jenayah tidak kira sama ada jenayah kecil mahupun yang besar, katanya.

Khalid berkata, banyhak kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah telah dilaporkan yang mana melibatkan aktiviti gangsterism, mencuri, buli serta salah guna dadah.

“Untuk menangani isu ini, PDRM telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan PegawaiPerhubungan Sekolah(PPS) yang menempatkan seorang pegawai atau anggota PDRM di setiap peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi awam(IPTA) dengan harapan PPS  dapat mendekatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan PDRM,” katanya.

Teks perutusan Ketua Polis Negara itu, telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Mohd Zaidi Bin Abdullah.

Turut hadir Ketua Cawangan Khas Daerah, Kota Belud, Asp Loris Matius dan semua  pegawai IPD Kota Belud berserta 180 Kor Kadet Polis yang terdiri daripada SMK Tambulion, SMK Arshad, SMK Taun Gusi, SMK Pekandan SMKA Tun Said.

Ketua Polis Negara itu berkata, setakat ini terdapat lebih 100,000 orang pelajar yang telah menjadi ahli Kor Kadet Polis.


Seramai 180 Kor Kadet Polis Kota Belud turut sama sambut Ulang Tahun Ke 45 Pasukan Kor Kadet Polis



Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Mohd Zaidi Bin Abdullah

Katanya, jumlah itu membuktikan bahawa Kor Kadet Polis ini mempunyai tarikan tersendiri daripada kalangan generasi muda di sekolah-sekolah.

“Saya serta seluruh warga PDRM amat berbesar hati dengan peningkatan penyertaan ahli dalam Kor Kadet Polis ini, peningkatan ini membuktikan bahawa golongan remaja pada masa kini mempunyai kencenderungan dan minat yang begitu tinggi kepada pasukan badan beruniform khususnya PDRM.

“Malah, kini Pasukan Kor Kadet Polis telah diperkembangkan lagi dengan penubuhan Pasukan Kor Suksisdi peringkat Pengajian Tinggi di institusi pengajian tinggi awam,” jelasnya.

Khalid berkata, PDRM baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-208 pada 25 Mac lalu dengan tema sambutan pada tahun ini,  “Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada.”

“Justeru, PDRM mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan melibatkan Kor Kadet Polis di semua peringkat sama ada Ibu Pejabat Bukit Aman, kontinjen mahupun di daerah-daerah, bagi merakyatkan perkhidmatan PDRM kepada masyarakat.

“Sukacita saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut UlangTahun Peringatan Hari Polis yang ke-208 kepada seluruh warga Kor Kadet Polis yang turut sama menjadi sebahagian daripada warga PDRM,”katanya.

Menyentuh mengenai kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) Khalid melihat teknologi itu, banyak mempenggaruhi kehidupan seharian, khususnya golongan mudah yang amat sinonim dengan media sosial.

Sehubungan itu, beliau juga ingin berpesan kepada semua ahli Kor Kadet Polis supaya sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat yang diperolehi dalam media sosal.

Katanya, pastikan kesahihan maklumat  atau berita yang diterima itu terlebih dahulu, sebelum dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

“Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang cuba mempengaruhi dan memesongkan golongan muda dari landasan hidup yang sebenar, ia termasuklah usaha mempengaruhi golongan muda untuk menyertai kumpulan Militan Negara Islam(IS) yang kononnya berjuang atas nama Islam sebenar.

“Matlamat utama penubuhan Kor Kadet Polis ini ialah untuk membentuk generasi remaja dari kalangan pelajar yang dededahkan dengan disiplin diri, selain membina semangat kerjasama ddan menanam semangat cintakan Negara”katanya.

Khalid berkata, penubuhan itu juga memberi pendedahan dan kefahaman kepada ahli-ahlinya mengenai dunia kepolisan termasuklah tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang, pencegahan jenayah dan sebagainya.

Katanya, dengan aktiviti dan pendedahan sebegini, ia diharap dapat mendidik dan meningkatkan tahap disiplin pelajar agar mereka sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan sama ada di sekolah, rumah atau di mana sahaja.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Pasukan Kor Kadet Polis, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Zaidi, telah menyampaikan beberapa sijil kepada anggota dan pegawai Kor Kadet Polis, Kota Belud.

No comments:

Post a Comment