Thursday 2 April 2015

Kesan GST terhadap Pasaran dan Pelancongan Domestik





Kenyataan Media Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Ahli Prrlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fat di parlimen, Kuala Lumpur pada 1 April 2015 GST terhadap penerbangan domestik akan memberi kesan terhadap pasaran dan industri pelancongan domestik.

Saya terperanjat apabila membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan (kerana menghadiri sesi Parlimen)pagi ini kerana semua tiket penerbangan domestic dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% bermula hari ini. 


Merujuk kepada Garis Panduan Industri Pelancongan tang didedahkan oleh jabatan Kastam Diraja Malaysia, semua tiket penerbangan domestic dikenakan GST sebanyak 6%, ia termasuk tambang penerbangan, Cukai Lapangan Terbang dan perkhidmatan tambahan namun pada masa yang sama tambang bagi penerbangan antarabangsa tidak dikenakan GST. (GST hanya dikenakan ke atas Cukai Lapangan Terbang bagi penerbangan antarabangsa).

Dalam kata lain, tidak kira sama ada kita mengambil penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur atau dari Kuala Lumpur ke Beijing, asalkan ia merupakan penerbangan antarabangsa, ia tidak dikenakan cukai GST (kecuali Cukai Lapangan Terbang).

Saya berasa kecewa, keliru dan tidak faham mengapa ia boleh berlaku begini. Disebabkan ibu negara terletak di bahagian barat atau Semenanjung Malaysia, sememangnya terdapat ramai rakyat Malaysia dari Malaysia Timur yang bekerja mahu pun melanjutkan pelajaran di bahagian Semenanjung. 

Di sebabkan tiada laluan alternatif bagi menghubungkan barat dan timur Malaysia, ia bermaksud, semua rakyat Sabah dan Sarawak sama ada kalangan pekerja, pelajar mahu pun pelancong tempatan terpaksa membayar cukai untuk tiba atau pulang ke destinasi. Perkara ini sangat tidak adil dan tidak boleh di terima.

Kuala Lumpur merupakan pusat sosio-ekonomi yang  pesat membangun. Bagi kebanyakan mereka yang sering berulang-alik berurusan di sini sama ada belajar, bekerja atau peniaga, lebih-lebih lagi bagi rakyat Sabah dan Sarawak, sudah tentu ia membebankan mereka akibat kenaikan kos.  Mereka mungkin tiada pilihan dan terpaksa pergi ke KL misalnya untuk menghadiri mesyuarat, pameran, konvensyen dan sebagainya.

Saya dapati, mereka yang lebih terbeban akibat kenaikan kos ini ialah mereka yang menetap di Sandakan dan Tawau, kerana mereka sering berulang alik ke Kota Kinabalu bagi urusan keluarga, mesyuarat ataupun perniagaan.

Dalam masa yang sama, implementasi GST terhadap penerbangan domestik pasti akan memberi kesan terhadap pasaran domestik seperti sektor pelancongan yang menjadi antara industri utama di Sabah. 

Sehingga saat ini, sektor pelancongan mencatatkan lebih dari 15% KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) dan merupakan sektor tertinggi ke 3 menyumbang kepada pendapatan Sabah, lebih dari sebahagian besarnya dari rakyat tempatan seperti kita.

Oleh yang demikian, Sabah yang memiliki industri pelancongan sebagai sebuah sektor kompetitif yang sedang giat meningkat berhadapan dengan cabaran yang kuat dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Phuket di Thailand, Boracay di Filipina atau Bali di Indonesia. Disebabkan perkara ini, masyarakat tempatan membuat perbandingan destinasi mereka termasuk membuat perbandingan kos.

Di sebabkan GST dikenakan kepada penerbangan domestik, nampaknya adalah lebih baik untuk melancong ke luar negara yang tidak dikenakan GST, suka atau tidak, ia akan memberi kesan terhadap sektor pelancongan tempatan.

Saya menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula perkara ini dan mengecualikan GST terhadap penerbangan domestic untuk menggalakkan industry pelancongan tempatan dan merangsang pasaran tempatan, lebih-lebih lagi antara Malaysia timur dan barat.



Yang Berhormat Stephen Wong Tien Fatt

(Ahli Parlimen Sandakan, merangkap Timbalan Pengerusi DAP Sabah)

No comments:

Post a Comment