Wednesday 1 April 2015

Pemuda Umno Tenom Anjur Klinik Bola Sepak Kanak Kanak



PERSAHABATAN….Jamawi (berdiri tujuh dari kanan) bersama pasukan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom dan Pasukan Polis mengambil gambar kenangan sebelum perlawanan bola sepak  persahabatan dimulakan


TENOM : Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom akan mengadakan program Klinik dan Perkelahan Bola Sepak kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun dan akan diadakan setiap penghujung minggu di Padang Pekan Tenom.


Ketuanya Jamawi Jaafar berkata dalam masa yang sama ibubapa yang menamani anak-anak mereka menyertai Klinik ini pula akan berkumpul  di tepian padang dalam program Perkelahan keluarga sementara menunggu anak-anak mereka habis menyertai klinik bola sepak.

“Program dua dalam satu ini selain melatih kanak-kanak dalam sukan bola sepak  bagi mencungkil bakat  mereka, ianya juga boleh dijadikan asas untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dalam kalangan masyarakat khususnya  ahli keluarga anak-anak yang menyertai klinik ini” katanya ketika ditemui selepas mengetuai pasukan Bola Sepak Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom bertemu pasukan Polis  Daerah Tenom secara Persahabatan di padang Pekan Tenom petang kelmarin.


PANASKAN BADAN....Jamawi ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan tersebut bermula


Menurutnya, sasaran  kilinik ini adalah untuk kanak-kanak  yang berumur antara 7-12 disebabkan sukan bola sepak ini juga digemari oleh kanak-kanak tetapi  kurang pendedahan yang cukup serta kemudahan untuk  menonjolkan bakat di samping mencipta kecermalangan dalam  bidang sukan bola sepak.

"Saya melihat kanak-kanak dan remaja di daerah ini bermain bola sepak di merata tempat tetapi tidak diberikan  latihan atau pendidikan yang sewajarnya khususnya akademi  atau klinik bagi membimbing dan melatih mereka sebagai pemain pelapis pada masa akan datang” katanya.

Sehubungan dengan itu menurut Jamawi timbul idea untuk menganjurkan program ini; latihan akan diberikan oleh jurulatih tempatan yang bertauliah .

Tambah Jamawi, melalui program ini selain mengilap bakat serta potensi kanak-kanak dalam bidang sukan bola sepak ianya juga merupakan program riadah yang dapat mengisi masa terluang kanak-kanak daripada mereka berkeliaran di tempat yang tidak berfaedah.

No comments:

Post a Comment